Apakah kaedah penjejakan lokasi GPS kerana ia sentiasa menunjukkan peranti luar talian pada myFirst Fone R1s?
Isu peranti luar talian biasanya berlaku disebabkan liputan isyarat rangkaian di kawasan sekitar anda. Sila pastikan perisian (firmware) peranti anda dikemas kini dan mulakan semula myFirst Fone R1s dengan menekan dan tahan ketiga-tiga butang serentak selama 10-15 saat. Seterusnya, nyahpasang dan pasang semula aplikasi myFirst Circle pada telefon mudah alih anda.
Kami menggunakan 2 jenis kaedah penjejakan lokasi GPS:
a. GPS (Dengan mengesan satelit dan menggunakan triangulasi untuk menentukan lokasi)
b. Kedudukan Dalam Bangunan Berasaskan WIFI (Dikuasakan oleh Google)
GPS
Oleh kerana ia mengesan isyarat satelit dan menggunakan triangulasi untuk menentukan jarak, isyarat tidak dapat dikesan di dalam bangunan. Maka, apabila berada di dalam bangunan, lokasi tidak dapat dikesan dan ia akan menunjukkan lokasi di luar bangunan.
WIFI
Memandangkan Google mengetahui lokasi setiap SSID dan alamat IP, kita tidak memerlukan kata laluan penghala WIFI kerana jam tidak bersambung secara langsung kepada router, tetapi hanya menggunakan isyarat WIFI dari router tersebut untuk triangulasi lokasi di dalam bangunan. Fungsi WIFI perlu diaktifkan pada jam tangan untuk kaedah ini.
Ia agak tepat untuk penjejakan lokasi dalam bangunan, tetapi kadang-kadang ia mungkin mengesan router mudah alih atau hotspot telefon bimbit yang boleh menyebabkan ralat dalam lokasi. Ini mungkin akan menunjukkan lokasi beberapa KM jauh secara tiba-tiba atau mengesan hotspot pelancong yang menyebabkan lokasi terpesong ke negara lain.
Mengapa saya hanya boleh menjejak anak saya menggunakan Wi-Fi dan bukan Data Roaming (3G/4G)?
Rangkaian 3G/4G tidak digunakan untuk penjejakan lokasi kerana ia hanya digunakan untuk menghantar dan menerima data. Penjejakan lokasi menggunakan isyarat WIFI / GPS / LBS.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami di support@myfirst.tech.